KESELAMATAN & KESIHATAN

PERTOLONGAN CEMAS DAN BANTUAN KESELAMATAN BAGI RENJATAN ELEKTRIK
                                                                                   

      PENERANGAN :
           
    Mengetahui kaedah serta cara yang praktik didalam memberikan pertolongan cemas merupakan soal yang penting bagi seseorang sebelum mengendalikan keadaan yang mencemaskan. Kemalangan boleh berlaku samada luka berdarah yang teruk terbakar kulit, patah, pitam, tidak sedar diri dan berbagai-bagai lagi. Sering didapati bahawa pengendalian pertolongan cemas tidak begitu sesuai, oleh kerana ilmu mengenai pertolongan cemas tidak dipelajari ataupun tidak lengkap.
    Dengan mengetahui tentang pertolongan cemas dapatlah mengelakkan sesuatu kecederaan atau kemalangan itu daripada menjadi bertambah buruk dan menghindarkan terjadinya keadaan panik. Walaubagaimanapun apabila berlaku sesuatu kemalangan secara mendadak langkah-langkah awal mengenai pertolongan cemas perlulah diketahui.


ASAS PERTOLONGAN CEMAS

DEFINASI
Pertolongan yang diberi kepada mereka yang terlibat dalam renjatan elektrik dan lain-lain kemalangan samada tercedera atau sakit dengan tiba-tiba sebelum mendapat rawatan dari pihak doctor atau sebelum doctor atau ketibaan doctor.

OBJEKTIF

MENYELAMAT NYAWA

Sekiranya pengsan berikan bantuan pernafasan.
Setiap saat adalah penting.
Berhentikan pendarahan.
Pulihkan renjatan

    MENGELAKKAN KEADAAN DARI MENJADI LEBIH TERUK

    Mengurangkan pergerakan. Buat apa yang anda tahu sahaja.
    Melindungi pesakit daripada alam semulajadi.
    Jangan beri apa-apa makanan atau minimun melalui mulut.
    Basahkan bibir sekiranya perlu.

    MEMBERI KELEGAAN DAN KESELASAAN

    Memberi semangat yang teguh kepada pesakit yang masih sedar.
    Jangan tinggalkan pesakit berseorangan.
    Pastikan keadaan pesakit – periksa nadi dan pernafasan


PUNCA KEMALANGAN

         Pada umumnya kemalangan didalam bengkelterbahagi kepada dua jenis bergantung pada          punca berlakunya kemalangan tersebut  :-

         1.   Kemalangan yang berpunca daripada kecuaian manusia.
         2.   Kemalangan yang berpunca daripada keadaan peralatan dan mesin dan juga keadaan kerja.


1.   Kemalangan yang berpunca daripada Kecuaian Manusia.

Sikap cuai semasa mengendalikan peralatan didalam bengkel boleh menyebabkab berlakunya kemalangan. Antara kecuaian yang biasa berlaku ialah  :
           
          a.   Sikap tidak bertanggungjawab.
          b.   Menyalahgunakan peralatan dengan tujuan untuk bergurau senda.
                Contohnya, menyemburkan udara termampat kearah kawan boleh menyebabkan 
                kecederaan jika terkena mata.
          c.   Tidak mematuhi tanda-tanda amaran umpamanya tanda larangan merokok ditempat-
                tempat yang  mudah terbakar dan sebagainya.

2.   Kemalangan yang berpunca daripada Keadaan Alat, Mesin dan Keadaan Kerja.

Selain kecuaian diri sendiri, kemalangan juga boleh berlaku akibat daripada keadaan peralatan, mesin serta keadaan kerja yang dilakukan. Antaranya ialah  :

          a.    Logam yang keras dan mempunyai tepi yang tajam boleh menyebabkan luka.
          b.   Serpihan logam atau tatal yang panas dan tajam daripada operasi memesin, kerja-kerja                    mengimpal, relau tindakan haba dan daripada kerja-kerja menempa boleh
                mengakibatkan kebakaran atau melecur pada bahagian anggota.
          c.   Bahagian-bahagian mesin yang bergerak saperti giar, takal dan tali sawat boleh  
                menyebabkan tangan atau pakaian terperangkap. Akibatnya boleh menyebabkan
                kehilangan pancaindera.
          d.   Logam dan peralatan-peralatan lain yang berat boleh mendatangkan kemalangan apabila
                peralatan tersebut terjatuh dan menimpa mana-mana bahagian anggota ketika
                mengangkatnya.
          e.   Kerosakkan peralatan eletrik atau litar eletrik boleh menyebabkan kebakaran ataupun   
                kejutan eletrik.
          f.    Lantai yang licin kerana tumpahan minyak dan gris boleh mengakibatkan terjatuh ataupun
                terlanggar benda-benda yang keras. Ini boleh mengakibatkan kemalangan dan kecederaan
               dibahagian kepala. Asid juga jadi punca kemalangan kerana ia boleh menyebabkan melecur
               apabila terkena pada kulit.

RAWATAN RENJATAN ELEKTRIK
BAGAIMANA KEJUTAN ELEKTRIK BERLAKU?

Sentuhan serentak dua pengalir hidup.
Sentuhan serentak antara punca hidup dengan bumi.
Menyentuh punca bumi dan memegang litar yang hidup secara elektromagnet / elektrostatik.
Berdiri diatas bumi dimana arus mengalir disebabkan oleh keupayaan yang berlainan.


KESAN KECEDERAAN AKIBAT KEJUTAN ELEKTRIK

Kekejangan otot dada dan daiferam menyebabkan kesesakan pernafasan. Keadaan ini     boleh membawa maut dalam masa yang singkat.

Kelumpuhan sementara pusat saraf. Ini akan menyebabkan terhenti pernafasan, menjadi lemas, boleh membawa maut kecuali mangsa dapat diselamatkan


LANGKAH MENYELAMATKAN RAKAN YANG TERKENA RENJATAN ELEKTRIK

  1. Tutup suis bekalan utama jika diketahui tempatnya.
  2. Jika tidak diketahui suis utama atau suis untuk ketempat berkenaan maka gunakan bahan penebat seperti baju dan seumpamanya untuk menyelamatkan mangsa dengan menarik mangsa tersebut daripada tempat berarus tetapi paada masa yang sama sentiasa berhati-hati supaya badan simangsa tidak tersentuh dengan badan kita ketika arus elektrik masih mengalir ditubuhnya.
  3. Jika mangsa tidak sedarkan diri gunakan rawatan pertolongan cemas atau pemulihan pernafasan.
  4. Bawa si mangsa kehospital untuk bantuan perubatan seterusnya


Pemulihan Pernafasan.

Ada beberapa kaedah pemulihan pernafasan yang biasa digunakan iaitu :
Kaedah mulut kemulut
Kaedah tekanan pemulihan jantung
Kaedah Holger Nielsen
Kaedah Silvester
Rawatan selanjutnya.  Antara langkah segera yang perlu diambil ialah :
Tanggalkan benda-benda yang mencerut seperti tali leher, tali pinggang atau kasut sebelum bahagian yang terbakar menjadi bengkak.
Bahagian anggota yang melecur hendaklah dibalut dengan pembalut kain anduh atau kain bersih.
Bahagian anggota yang melecur hendaklah jangan digerak-gerakkan.
Mangsa tersebut hendaklah dihantar segera kekelinik atau hospital untuk rawatan lanjut.




 

Kecederaan anggota.

Kecederaan anggota yang teruk seperti luka besar atau terseliuh memerlukan rawatan segera sebelum dihantar kehospital untuk rawatan lanjut.  Berikut adalah beberapa langkah segera yang perlu diambil perhatian, antaranya :

Pastikan jenis kecederaan yang berlaku dan tempatkan simalang ditempat yang sesuai untuk diberi pertolongan tanpa menyentuh bahagian yang tercedera.
Jika anggota tangan yang patah maka tangan tersebut hendaklah digalas atau diampu dengan mengikat keleher supaya tangan yang patah itu tidak terkulai.
Jika luka serius yang menyebabkanbanyak darah keluar seperti luka ditangan maka dibahagian atas tangan perlu diikat dengan kain bagi tujuan menyekatmenyekat sementara pengaliran darah terus mengalir.
Simalang perlu dihantar segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.